Thursday, 12 September 2013

LAWATAN KE TAMAN BURUNG SEBERANG JAYA PULAU PINANG

                                   TAMAN BURUNG SEBERANG JAYA PULAU PINANG

Tujuan : Bertujuan untuk memperkenalkan pelbagai jenis burung yang ada kepada anak-anak PERMATA.

Objektif :

  • Untuk membawa anak-anak PERMATA menaiki bas sempena tema bulan September iaitu kenderaan.
  • Untuk memberi pendedahan kepada anak-anak PERMATA secara lebih dekat tentang burung.
  • Membolehkan anak-anak PERMATA bergembira dan berkomunikasi dengan rakan-rakan tentang pengalaman lawatan dan makan di KFC bersama rakan-rakan







Friday, 6 September 2013

JOM BERAYA & " HOME VISIT 2013

JOM BERAYA & " HOME VISIT" 2013

Hari & Tarikh : Sepanjang bulan Syawal
Masa : 10.00 pagi sehingga 11.30 pagi

Tujuan : Bertujuan untuk meraikan " Hari Raya AIdilfitri" bersama keluarga dan anak-anak PERMATA melalui amalan kunjung mengunjung

Objektif : 
  • Untuk mengeratkan sillaturrahim antara ibubapa ,pendidik dan anak PERMATA
  • Untuk memupuk semangat berkerjasama melalui aktiviti yang diadakan
  • Memberi pendedahan kepada anak PERMATA supaya dapat merasai suasana  Hari Raya Aidilfitri dengan amalan beraya dari rumah ke rumah
  • Membolehkan anak-anak PERMATA bergembira dan berkomunikasi dengan ibubapa dan rakan-rakan mereka
  • Memberi peluang kepada pendidik melihat sendiri persekitaran hidup anak PERMATA melalui "Home Visit"





Majlis Bacaan Yassin dan Berbuka Puasa 2013

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN BERBUKA PUASA 2013


Tarikh : 25 Julai 2013
Hari : Khamis
Masa : 6.00 petang hingga 9.00 malam

Tujuan : Mendedahkan anak PERMATA mengenal bulan Ramadhan serta bersama-sama menghayati bulan penuh keberkatan ini dengan mengadakan unsur-unsur kerohanian seperti bacaan yassin,tahlil,solat maghrib dan berbuka puasa bersama-sama dengan ibubapa,pendidik dan rakan-rakan

Objektif : 

  • Untuk mengeratkan sillaturrahim antara ibubapa,pendidk dan anak-anak PERMATA
  • Untuk pendedahan kepada anak PERMATA tentang bulan yang penuh keberkatan ini supaya dapat merasai suasana berbuka puasa bersama-sama ibubap dan rakan-rakan
  • Menjalankan kerjasama antara ibubapa dan pendidik
  • Menerapkan nilai kerohanian dalam diri anak-anak






Monday, 24 June 2013

Sambutan Hari Sukaneka,Hari Bapa & Hari Lahir Jan-Jun

Tarikh : 22 Jun 2013  
Hari : Sabtu
Masa : 08:00 am - 01:30 pm    
Tempat : Papn Nibong Tebal
Sasaran : Anak Permata, Pendidik  & Ibubapa

Sambutan Hari Sukaneka,Hari Bapa & Hari Lahir Jan-Jun adalah bertujuan membina kesihatan fizikal dan mental serta merapatkan lagi silaturahim antara ibubapa,pendidik dan anak PERMATA.Antara objektif program ini diadakan adalah:
  • Memberi kesedaran kepada ibubapa dan anak PERMATA pentingya gaya hidup yang sihat dengan melakukan senaman bersama ahli keluarga
  • Mengeratkan lagi hubungan antara anak PERMATA dan bapa iaitu melaui pendedahan sempena Sambutan Hari Bapa
  • Memberi pendedahan kepada anak PERMATA dan ahli keluarga melalui pengalaman suasana Hari Sukaneka dengan adanya pelbagai aktiviti sukan
  • Mengeratkan lagi hubungan antara ahli keluarga,ibubapa,anak PERMATA dan juga pendidik
  • Memupuk semangat kerjasama dalam menjayakan aktiviti yang diadakan
Sesi Fotogarfi Beramai-ramai sempena Sambutan Hari Sukaneka,Hari Bapa & Hari Lahir Jan- Jun


Anak PERMATA gigih bersukan

Bapa juga tidak kurang hebatnya bersukan

Sesi fotografi bersama bapa Sempena Hari Bapa
Di antara agenda majlis adalah seperti berikut :
  • Bacaan doa dan ucapan dari pengerusi PIBP serta Ketua Pendidik.
  • Sesi Bergambar beramai-ramai.
  • Acara senam robik yang diketuai oleh Ibu anak PERMATA Aaksayan
  • Acara sukan berkumpulan dan indivudu anak PERMATA 4 tahun(lari berhalangan & musical chair)
  • Acara sukan berkumpulan dan indivudu anak PERMATA 3 tahun(Bean beg & dimana saya)
  • Acara sukan anak PERMATA 2 tahun (Asingkan)
  • Acara sukan kaum bapa"Serang!!"(pijak belon)
  •  Acara sukan kaum ibu dan pendidik"Segi tiga"(kepit bola)
  • Acara sukan suami isteri "Sudu bola sensasi"(bawa bola ping pong dalam sudu dari suami kepada isteri)
  • Acara gotong royong mengemas kawasan PAPN
  • Sesi Penyampaian hadiah
  • Bersurai.
Alhamdullilah dengan izin Allah s.w.t Sambutan Hari Sukaneka,Hari Bapa & Hari Lahir Jan-Jun berjalan lancar.Semua yang terlibat dapat memberikan kerjasama yang terbaik.Anak PERMATA sangat bersemangat dalam melakukan acara sukan.Memang Terbaik!!...Tahniah diucapkan kepada pemenang pada hari tersebut.Bagi yang tidak berjaya,tahun depan cuba lagi....Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat..:)

Tuesday, 28 May 2013

Majlis Sambutan Hari Guru & Ibu 2013

Tarikh : 22 Mei 2013  
Hari : Rabu
Masa : 08:30 am - 01:00 pm    
Tempat : Papn Nibong Tebal  
Sasaran : Anak Permata, Pendidik  & Ibubapa


Majlis Sambutan Hari Guru & Ibu di adakan bertujuan untuk meraikan hari guru dan hari ibu bagi warga PAPN Nibong Tebal serta memberi pendedahan kepada Anak Permata tentang sambutan tersebut. Tema bagi majlis kali ini adalah ala bollywood.Di antara objektif program ini adalah seperti berikut :
  • Mengeratkan silaturahim antara ibubapa, pendidik, keluarga dan anak-anak Permata.
  • Memberi pendedahan kepada Anak Permata agar berani tampil ke depan untuk membuat persembahan bersempena dengan tema hari guru dan hari ibu.
  • Menghargai jasa ibu dan juga jasa guru.
  • Memupuk semangat bekerjasama antara ibu-ibu melalui persembahan yang di adakan.
  • Membolehkan anak-anak Permata bergembira dan berkomunikasi dengan ibubapa dan rakan-rakan mereka.
 
Pendidik dan Anak Permata

Sesi bergambar para ibu
 
Membuat/memasak muffin bersama Anak Permata


Di antara agenda majlis adalah seperti berikut :
  • Bacaan doa dan ucapan dari pengerusi PIBP serta Ketua Pendidik.
  • Sesi Bergambar beramai-ramai.
  • Persembahan Anak Permata 2,3 & 4 tahun bersama dengan pendidik.
  • Persembahan dari ibu anak Permata 2&3 tahun.
  • Persembahan dari ibu anak Permata 4 tahun.
  • Pertandingan membuat cenderahati teacher oleh para ibubapa.
  • Membuat/memasak muffin dengan Anak Permata bersama wakil ibu dan pendidik.
  •  Penyerahan cenderahati/muffin dari semua Anak Permata kepada ibu masing-masing.
  • Simbolik pemotongan kek sempena dengan hari ibu, hari guru dan majlis perpisahan Teacher Nana & Teacher Mai.
  • Jamuan makan.
  • Sesi Penyampaian hadiah
  • Bersurai.
Alhamdullilah dengan limpah kurniaNya Majlis Sambutan Hari Guru & Hari Ibu berjalan dengan lancar dan sempurna. Semuanya dapat memberi komitmen yang baik dan saling bekerjasama dalam menjayakan lagi majlis ini. Tahniah diucapkan kepada para pemenang yang bersungguh-sungguh menyertai dan membuat cenderahati untuk teacher. Jutaan terima kasih diucapkan kepada mama Wawa, Puan Nurhafiza yang sudi memberi tunjuk ajar kepada Anak Permata untuk membuat/memasak muffin. Sesungguhnya Anak Permata sangat teruja membuat muffin untuk ibu mereka.Terima kasih juga diucapkan kepada semua yang terlibat di dalam majlis ini. SYABAS!!!!!

Tuesday, 23 April 2013

Program u feel it

Tarikh : 19 April 2013  
Hari : Jumaat
Masa : 08:00 am - 12:30 pm    
Tempat : Papn Nibong Tebal  
Sasaran : Anak Permata, Pendidik  & Ibubapa


Program u feel it di adakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada Anak Permata serta diharap dapat membantu Anak Permata ini menguasai kemahiran five sense. Disamping itu,melalui program ini membolehkan Anak Permata meningkatkan potensi diri dan tahap keyakinan diri melalui aktiviti yang di adakan. Di antara objektif program ini adalah seperti berikut :
  • Meningkatkan tahap keyakinan diri Anak Permata melalui aktiviti pertandingan yang di adakan.
  • Meningkatkan daya saing dan memupuk semangat kerja satu keluarga/berpasukan.
  • Memberi kesedaran mendalam terhadap masakan berkhasiat dan pemakanan seimbang dalam kehidupan.
  • Untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara ahli keluarga.
 
Sesi bergambar beramai-ramai


Di antara agenda program adalah seperti berikut :
  • Pertandingan mewarna di antara kanak-kanak Permata.
  • Ceramah makanan sihat dari wakil bapa kepada Anak Permata, pendidik dan bapa.
  • Membuat giants pyramid di antara bapa dan Anak Permata.
  • Pertandingan memasak dan membuat apron (Ibu).
  • Penyampaian hadiah kepada para pemenang.
  • Mengemas dan bersurai.
 
Pemenang bagi pertandingan memasak

 
Pemenang bagi pertandingan membuat apron

 
Pemenang bagi pertandingan mewarna


Di antara nama pemenang bagi pertandingan adalah seperti berikut :


NAMA PEMENANG BAGI PERTANDINGAN MEMASAK                 
1.Puan Nurhafiza & Puan Nor Hannani Aminah                                               
2.Puan Zuraida & Puan Azizah                                               
3.Puan Nur Idayu & Puan Sarizah                                              


NAMA PEMENANG BAGI PERTANDINGAN MEMBUAT APRON  
1.Puan Mariana                                              
2.Puan Roselinda                                               
3.Puan Siti Fatimah Ismail                                             


NAMA PEMENANG BAGI PERTANDINGAN MEWARNA               
1.Nur Najwa binti Mohd Aqram                                              
2.Nur Aliya Arissa binti Mohd Nazib                                               
3.Nur Damisya Qistina binti Sharizal                                              

Syukur ke Hadrat Illahi dengan limpah kurniaNya program julung kalinya ini berjaya di adakan dengan baik dan sempurna. Terima kasih kepada pihak ibubapa, pendidik dan Anak Permata yang memberi sepenuh komitmen dalam menjayakan program ini. Semuanya bersemangat untuk memenangi pertandingan yang di adakan. Syabas diucapkan kepada semua. Yes..we can do it!!!!

Untuk melihat gambar penuh, sila layari facebook kami di url : http://www.facebook.com/permatanibongtebal   

Monday, 1 April 2013

Program Jom Gigi Sihat 2013


Tarikh : 28 Mac 2013  
Hari : Khamis
Masa : 08:30 am - 12:30 pm    
Tempat : Papn Nibong Tebal    
Sasaran : Anak Permata, Pendidik  & Ibubapa

Program Jom Gigi Sihat di adakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ibubapa tentang penjagaan dan permasalahan gigi di kalangan kanak-kanak. Di antara objektif program adalah seperti berikut :
  • Meningkatkan kesedaran dalam kesihatan pergigian di kalangan anak-anak di pusat asuhan.
  • Meningkatkan kerjasama dan penglibatan dalam menyamai tabiat kesihatan mulut yang baik di kalangan ibubapa dan warga pergigian.
  • Meningkatkan pengetahuan dalam kesihatan pergigian.
  • Melaksanakan aktiviti promosi kesihatan pergigian sebagai satu kokurikulum pembelajaran.


Ceramah pergigian oleh Dr Poonitha a/p Gangatharan
 
Persembahan dari Anak Permata

Persembahan Puppet

Di antara agenda program adalah seperti berikut :
  • Ceramah pergigian oleh Dr Poonitha a/p Gangatharan.
  • Persembahan dari Anak Permata.
  • Persembahan puppet dari Klinik Pergigian Hospital Sungai Bakap.
  • Latihan memberus gigi.
  • Pemeriksaan pergigian.
  • Bersurai.
 
Latihan memberus gigi

 
Pemeriksaan gigi

 
Sesi bergambar antara pendidik dan kakitangan pergigian


Program ini telah disertai seramai 10 orang kakitangan Klinik Pergigian Hospital Sungai Bakap yang diketuai oleh Dr Poonitha a/p Gangatharan. Syukur Alhamdullilah program jom gigi sihat berjalan dengan lancar dan Anak Permata juga terhibur dengan persembahan puppet dari pihak klinik pergigian. Mereka juga teruja dan gembira dengan kedatangan pihak klinik pergigian. Selain itu, ibubapa juga dapat maklumat terkini mengenai kesihatan pergigian dan Anak Permata pula dapat mengetahui cara yang betul untuk menggosok gigi setelah di ajar oleh pihak kakitangan pergigian. Terima kasih di ucapkan kepada semua yang telah menjayakan program pergigian ini.

Untuk melihat gambar penuh, sila layari facebook kami di url : http://www.facebook.com/permatanibongtebal   

Friday, 22 February 2013

Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2013

Tarikh : 21 Februari 2013  
Hari : Khamis
Masa : 08:30 am - 12:30 pm    
Tempat : Papn Nibong Tebal  
Sasaran : Anak Permata, Pendidik  & Ibubapa

Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di adakan bertujuan untuk meraikan Tahun Baru Cina di kalangan warga Permata Nibong Tebal. Sambutan ini juga di adakan buat pertama kalinya dan bagi meraikan pendidik Permata Nibong Tebal iaitu Teacher Phang. Antara objektif majlis ini adalah :
  • Untuk mengeratkan silaturahim antara ibubapa, pendidik dan Anak Permata.
  • Untuk memupuk semangat bekerjasama melalui aktiviti dan pertandingan yang di adakan.
  • Untuk memberi pendedahan kepada Anak Permata supaya dapat merasai suasana sambutan Tahun Baru Cina bersama-sama ibubapa dan rakan-rakan mereka.
  • Membolehkan Anak Permata bergembira dan berkomunikasi dengan ibubapa dan rakan-rakan mereka.
Sesi bergambar beramai-ramai

Persembahan dari Anak Permata
Pendidik Permata Nibong Tebal 2013

Antara agenda majlis adalah seperti berikut :
  • Bacaan Doa.
  • Ucapan Pengerusi PIBP dan Ketua Pendidik.
  • Mesyuarat PIBP kali ke-2.
  • Nyanyian Lagu Negaraku, Negeri Pulau Pinang, Satu Malaysia dan Lagu Permata.
  • Persembahan tarian singa dan tarian kipas oleh Anak Permata.
  • Sesi bergambar beramai-ramai.
  • Pertandingan membuat tanglung di antara keluarga Permata.
  • Jamuan makan dan mengemas.
 
Para pemenang membuat tanglung

Antara pemenang bagi pertandingan membuat tanglung adalah seperti berikut :
  1. Keluarga Damisya
  2. Keluarga Aqmal
  3. Keluarga Dania
Alhamdullilah syukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurniaNya majlis berlangsung dengan lancar dan cuaca juga dalam keadaan baik sekali. Tahniah dan terima kasih kepada pihak ibubapa dan Anak Permata yang begitu teruja sekali menyiapkan tanglung masing-masing. Semuanya cantik-cantik belaka. Ucapan tahniah kepada para pemenang.Terima kasih juga kepada pendidik yang bertungkus-lumus memastikan majlis berjalan dengan lancar.

Untuk melihat gambar penuh, sila layari facebook kami di url : http://www.facebook.com/permatanibongtebal    

Thursday, 7 February 2013

Pemeriksaan Kesihatan Fizikal Anak Permata Kali- 1 2013

Tarikh : 01 Februari 2013  
Hari : Jumaat
Masa : 09:00 am - 12:00 pm    
Tempat : Papn Nibong Tebal  
Sasaran : Anak Permata  

Pemeriksaan Kesihatan Fizikal Anak Permata di adakan bertujuan untuk memastikan Anak Permata dalam keadaan sihat dari segi mental dan fizikal. Pemeriksaan ini dilakukan secara keseluruhan dan untuk melihat perkembangan setiap peringkat umur Anak Permata. Sekiranya Anak Permata mengalami masalah dari segi perkembangan, doktor akan menasihati para ibubapa untuk merujuk anak mereka kepada pihak hospital bagi tindakan susulan yang lain. Perkembangan ini meliputi dari segi aspek: 
  • Perkembangan Motor Halus & Motor Kasar
  • Perkembangan Emosi & Kerohanian
  • Perkembangan Bahasa & Literasi Awal
  • Perkembangan Pra-Matematik & Logik
  • Perkembangan Estetika & Kreativiti
  • Perkembangan Sensori & Pemahaman Dunia Persekitaran
Pemeriksaan Kesihatan Anak Permata Oleh Jururawat

Pemeriksaan Kesihatan Anak Permata Oleh Doktor

Anak Permata Menunggu Giliran Untuk Di periksa

Pemeriksaan ini di lakukan oleh 4 orang kakitangan dari Klinik Kesihatan Ibu & Anak Sungai Bakap dan diketuai oleh Doktor Chitra Sandran. Terima kasih di ucapkan atas kerjasama yang telah diberikan.
Secara keseluruhannya Anak Permata dapat melakukan pemeriksaan kesihatan dengan baik sekali dan boleh berinteraksi dengan doktor dan jururawat. Tahniah diucapkan kepada Anak Permata.


Untuk melihat gambar penuh, sila layari facebook kami di url : http://www.facebook.com/permatanibongtebal  
 

Thursday, 31 January 2013

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 12 Rabiul Awal 1434 Hijrah

Tarikh : 23 Januari 2013
Hari : Rabu  
Masa : 09:00 am - 12:00 pm    
Tempat : Papn Nibong Tebal
Sasaran : Anak Permata dan Pendidik

Majlis Sambutan Maulidur Rasul telah di adakan untuk kali ke-2 di PAPN Nibong Tebal. Tujuan Majlis ini di adakan adalah untuk untuk memberi pendedahan kepada Anak Permata tentang kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Selain itu, Anak Permata juga dapat berselawat ke atas Nabi bersama-sama dengan pendidik dan menghayatinya. Sebelum hari perarakan, Anak Permata 4 tahun bersama pendidik telah bertungkus lumus untuk membuat sepanduk Maulidur Rasul ini.



Sesi bergambar antara Anak Permata & Pendidik
Perarakkan sempena sambutan Maulidur Rasul

Pada sambutan kali ini PAPN Nibong Tebal telah menjemput wakil ibubapa dari Anak Permata 4 tahun iaitu Encik Rokiman Shah dan Puan Nor Hanani Aminah untuk memberi sedikit ceramah berkenaan dengan sambutan Maulidur Rasul ini.


Bacaan Yassin


Sesi ceramah dari Encik Rokiman Dan Puan Hannani

Antara agenda majlis ini adalah seperti berikut :
  • Perarakkan sempena sambutan Maulidur Rasul
  • Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W
  • Bacaan Yassin
  • Ceramah ringkas berkenaan sambutan Maulidur Rasul 
Sambutan kali ini juga turut disertai oleh 5 orang ibubapa untuk sama-sama menghayati dan berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Jutaan terima kasih kepada Encik Rokiman Shah dan Puan Nor Hanani Aminah kerana sudi memberi ceramah kepada Anak Permata dan pendidik. Tidak lupa juga kepada ibubapa yang sudi menghadiri majlis ini.
 
Syabas Anak Permata dan pendidik kerana berjaya melakukan perarakan ini.


Untuk melihat gambar penuh, sila layari facebook kami di url : http://www.facebook.com/permatanibongtebal  

Tuesday, 8 January 2013

Majlis Graduasi 2012 Kali Pertama

Tarikh : 22 Disember 2012
Hari : Sabtu

Masa : 08:30 am - 1:00 pm
 

Tempat :
Dewan Pusat Pembangunan Siswa, USM Transkrian


Majlis Graduasi 2012 di adakan bertujuan untuk meraikan anak-anak PERMATA 4 tahun yang telah berjaya menamatkan atau mengikuti aktiviti yang dijalankan di Pusat Anak PERMATA Negara Nibong Tebal. Majlis ini merupakan majlis yang pertama kali di adakan bagi PAPN Nibong Tebal. Di antara objektif majlis ini adalah seperti berikut :

  • Untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara ibubapa, pendidik, keluarga dan Anak-anak Permata.
  • Untuk memberi pendedahan kepada kanak-kanak agar berani tampil ke depan untuk membuat persembahan.
  • Untuk memberi penghargaan kepada Anak Permata dan ibubapa yang dianggap "cemerlang" sepanjang tahun 2012.
  • Untuk meraikan Anak-anak Permata dan pendidik yang lahir dari bulan Julai hingga Disember 2012.
  • Membolehkan Anak-anak Permata bergembira dan berkomunikasi dengan ibubapa dan rakan-rakan mereka.
Sesi Bergambar Beramai-Ramai
  
Anak Permata 4 Tahun Bersama Pendidik Dan Tetamu Jemputan
Persembahan Pendidik & Anak Permata





Persembahan Anak Permata 4 Tahun



Persembahan Anak Permata 3 tahun

Majlis Graduasi kali ini bertemakan konsep ala 60-an di mana semua ibubapa, pendidik dan Anak Permata diminta untuk berpakaian mengikut tema yang telah ditetapkan. Majlis ini telah dirasmikan oleh Y.B Dato' Haji Mahmud Bin Zakaria, dari Adun Sungai Acheh. Di antara agenda majlis adalah seperti berikut :
  • Sesi bergambar/fotografi beramai-ramai.
  • Bacaan doa/ Ketibaan VIP/Persiapan Anak Permata/Tayangan Video.
  • Persembahan Anak Permata bersama Teacher (Lagu Negaraku, Permata dan 1 Malaysia).
  • Ucapan Pengerusi PIBP, Ketua Pendidik dan VIP.
  • Persembahan 4 Tahun (Tarian Pop Yeh-Yeh, Siapakah Gerangan)/Cabutan Bertuah.
  • Persembahan 3 Tahun (Sketsa ''I go go go").
  • Persembahan 4 Tahun (Sketsa "The Storm" dan Nyanyian "Rhyming Around The Alphabet")/Cabutan Bertuah.
  • Persembahan 3 Tahun (Nyanyian "Si Baju Hijau").
  • Persembahan Bapa, Kumpulan Panca Sitara.
  • Persembahan Pendidik dan Anak Permata ("Pop Yeh Yeh dan Doa Perpisahan")/Cabutan Bertuah.
  • Persembahan Ibu, Kumpulan Dekat Di Hati.
  • Simbolik Pemotongan Kek Hari Lahir (Julai-Disember).
  • Sesi Bergambar Bersama VIP.
  • Jamuan Makan.
  • Mengemas dan Bersurai.
Syukur ke hadrat Ilahi Majlis Graduasi berjalan dengan lancar dan sempurna walaupun pada permulaannya terdapat kekangan dari segi tempat dan masa. Tahniah kepada Anak Permata 4 Tahun yang berjaya mengikuti Aktiviti Permata sepanjang berada di PAPN Nibong Tebal. Jutaan terima kasih juga kepada Ibubapa, Anak Permata, Pendidik, Pegawai Permata iaitu Cik Noor Zuraida Hamid dan wakil komuniti dari Adun Sungai Acheh iaitu Y.B Dato' Haji Mahmud Bin Zakaria yang sudi hadir memeriahkan majlis.

SENARAI KANAK-KANAK BERGRADUASI BAGI TAHUN 2012 :
BILNAMA KANAK-KANAK       
1.Adam Uzair bin Bani Uzair                                  
2.Mohamad Ammar Danish bin Abd Rahaman
3.Muhammad Aqil Danish bin Mohd Shahrizan
4.Muhammad Aqil Nabil bin Mohd Asri
5.Muhammad Azim bin Nurazman
6.Muhammad Iswan Umar bin Ahmad Lutfi
7.Muhammad Raziq Musyrif bin Shanizam
8.Noor Haikal Hakimy bin Noorhisham
9.Nurhaniz Syazwanie binti Mohd Husni
10.Nurhidayanis Syafiqah binti Shahidan
11.Nursharmila binti Norizan
12.Nur Dania Alesya binti Mohamad Nasir
13.Wan Nasuha binti Wan Hosni

Untuk melihat gambar penuh, sila layari facebook kami di url : http://www.facebook.com/permatanibongtebal