Tuesday, 28 May 2013

Majlis Sambutan Hari Guru & Ibu 2013

Tarikh : 22 Mei 2013  
Hari : Rabu
Masa : 08:30 am - 01:00 pm    
Tempat : Papn Nibong Tebal  
Sasaran : Anak Permata, Pendidik  & Ibubapa


Majlis Sambutan Hari Guru & Ibu di adakan bertujuan untuk meraikan hari guru dan hari ibu bagi warga PAPN Nibong Tebal serta memberi pendedahan kepada Anak Permata tentang sambutan tersebut. Tema bagi majlis kali ini adalah ala bollywood.Di antara objektif program ini adalah seperti berikut :
  • Mengeratkan silaturahim antara ibubapa, pendidik, keluarga dan anak-anak Permata.
  • Memberi pendedahan kepada Anak Permata agar berani tampil ke depan untuk membuat persembahan bersempena dengan tema hari guru dan hari ibu.
  • Menghargai jasa ibu dan juga jasa guru.
  • Memupuk semangat bekerjasama antara ibu-ibu melalui persembahan yang di adakan.
  • Membolehkan anak-anak Permata bergembira dan berkomunikasi dengan ibubapa dan rakan-rakan mereka.
 
Pendidik dan Anak Permata

Sesi bergambar para ibu
 
Membuat/memasak muffin bersama Anak Permata


Di antara agenda majlis adalah seperti berikut :
  • Bacaan doa dan ucapan dari pengerusi PIBP serta Ketua Pendidik.
  • Sesi Bergambar beramai-ramai.
  • Persembahan Anak Permata 2,3 & 4 tahun bersama dengan pendidik.
  • Persembahan dari ibu anak Permata 2&3 tahun.
  • Persembahan dari ibu anak Permata 4 tahun.
  • Pertandingan membuat cenderahati teacher oleh para ibubapa.
  • Membuat/memasak muffin dengan Anak Permata bersama wakil ibu dan pendidik.
  •  Penyerahan cenderahati/muffin dari semua Anak Permata kepada ibu masing-masing.
  • Simbolik pemotongan kek sempena dengan hari ibu, hari guru dan majlis perpisahan Teacher Nana & Teacher Mai.
  • Jamuan makan.
  • Sesi Penyampaian hadiah
  • Bersurai.
Alhamdullilah dengan limpah kurniaNya Majlis Sambutan Hari Guru & Hari Ibu berjalan dengan lancar dan sempurna. Semuanya dapat memberi komitmen yang baik dan saling bekerjasama dalam menjayakan lagi majlis ini. Tahniah diucapkan kepada para pemenang yang bersungguh-sungguh menyertai dan membuat cenderahati untuk teacher. Jutaan terima kasih diucapkan kepada mama Wawa, Puan Nurhafiza yang sudi memberi tunjuk ajar kepada Anak Permata untuk membuat/memasak muffin. Sesungguhnya Anak Permata sangat teruja membuat muffin untuk ibu mereka.Terima kasih juga diucapkan kepada semua yang terlibat di dalam majlis ini. SYABAS!!!!!

No comments:

Post a Comment