Thursday, 7 February 2013

Pemeriksaan Kesihatan Fizikal Anak Permata Kali- 1 2013

Tarikh : 01 Februari 2013  
Hari : Jumaat
Masa : 09:00 am - 12:00 pm    
Tempat : Papn Nibong Tebal  
Sasaran : Anak Permata  

Pemeriksaan Kesihatan Fizikal Anak Permata di adakan bertujuan untuk memastikan Anak Permata dalam keadaan sihat dari segi mental dan fizikal. Pemeriksaan ini dilakukan secara keseluruhan dan untuk melihat perkembangan setiap peringkat umur Anak Permata. Sekiranya Anak Permata mengalami masalah dari segi perkembangan, doktor akan menasihati para ibubapa untuk merujuk anak mereka kepada pihak hospital bagi tindakan susulan yang lain. Perkembangan ini meliputi dari segi aspek: 
  • Perkembangan Motor Halus & Motor Kasar
  • Perkembangan Emosi & Kerohanian
  • Perkembangan Bahasa & Literasi Awal
  • Perkembangan Pra-Matematik & Logik
  • Perkembangan Estetika & Kreativiti
  • Perkembangan Sensori & Pemahaman Dunia Persekitaran
Pemeriksaan Kesihatan Anak Permata Oleh Jururawat

Pemeriksaan Kesihatan Anak Permata Oleh Doktor

Anak Permata Menunggu Giliran Untuk Di periksa

Pemeriksaan ini di lakukan oleh 4 orang kakitangan dari Klinik Kesihatan Ibu & Anak Sungai Bakap dan diketuai oleh Doktor Chitra Sandran. Terima kasih di ucapkan atas kerjasama yang telah diberikan.
Secara keseluruhannya Anak Permata dapat melakukan pemeriksaan kesihatan dengan baik sekali dan boleh berinteraksi dengan doktor dan jururawat. Tahniah diucapkan kepada Anak Permata.


Untuk melihat gambar penuh, sila layari facebook kami di url : http://www.facebook.com/permatanibongtebal  
 

No comments:

Post a Comment