Friday, 22 February 2013

Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2013

Tarikh : 21 Februari 2013  
Hari : Khamis
Masa : 08:30 am - 12:30 pm    
Tempat : Papn Nibong Tebal  
Sasaran : Anak Permata, Pendidik  & Ibubapa

Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di adakan bertujuan untuk meraikan Tahun Baru Cina di kalangan warga Permata Nibong Tebal. Sambutan ini juga di adakan buat pertama kalinya dan bagi meraikan pendidik Permata Nibong Tebal iaitu Teacher Phang. Antara objektif majlis ini adalah :
  • Untuk mengeratkan silaturahim antara ibubapa, pendidik dan Anak Permata.
  • Untuk memupuk semangat bekerjasama melalui aktiviti dan pertandingan yang di adakan.
  • Untuk memberi pendedahan kepada Anak Permata supaya dapat merasai suasana sambutan Tahun Baru Cina bersama-sama ibubapa dan rakan-rakan mereka.
  • Membolehkan Anak Permata bergembira dan berkomunikasi dengan ibubapa dan rakan-rakan mereka.
Sesi bergambar beramai-ramai

Persembahan dari Anak Permata
Pendidik Permata Nibong Tebal 2013

Antara agenda majlis adalah seperti berikut :
  • Bacaan Doa.
  • Ucapan Pengerusi PIBP dan Ketua Pendidik.
  • Mesyuarat PIBP kali ke-2.
  • Nyanyian Lagu Negaraku, Negeri Pulau Pinang, Satu Malaysia dan Lagu Permata.
  • Persembahan tarian singa dan tarian kipas oleh Anak Permata.
  • Sesi bergambar beramai-ramai.
  • Pertandingan membuat tanglung di antara keluarga Permata.
  • Jamuan makan dan mengemas.
 
Para pemenang membuat tanglung

Antara pemenang bagi pertandingan membuat tanglung adalah seperti berikut :
  1. Keluarga Damisya
  2. Keluarga Aqmal
  3. Keluarga Dania
Alhamdullilah syukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurniaNya majlis berlangsung dengan lancar dan cuaca juga dalam keadaan baik sekali. Tahniah dan terima kasih kepada pihak ibubapa dan Anak Permata yang begitu teruja sekali menyiapkan tanglung masing-masing. Semuanya cantik-cantik belaka. Ucapan tahniah kepada para pemenang.Terima kasih juga kepada pendidik yang bertungkus-lumus memastikan majlis berjalan dengan lancar.

Untuk melihat gambar penuh, sila layari facebook kami di url : http://www.facebook.com/permatanibongtebal    

Thursday, 7 February 2013

Pemeriksaan Kesihatan Fizikal Anak Permata Kali- 1 2013

Tarikh : 01 Februari 2013  
Hari : Jumaat
Masa : 09:00 am - 12:00 pm    
Tempat : Papn Nibong Tebal  
Sasaran : Anak Permata  

Pemeriksaan Kesihatan Fizikal Anak Permata di adakan bertujuan untuk memastikan Anak Permata dalam keadaan sihat dari segi mental dan fizikal. Pemeriksaan ini dilakukan secara keseluruhan dan untuk melihat perkembangan setiap peringkat umur Anak Permata. Sekiranya Anak Permata mengalami masalah dari segi perkembangan, doktor akan menasihati para ibubapa untuk merujuk anak mereka kepada pihak hospital bagi tindakan susulan yang lain. Perkembangan ini meliputi dari segi aspek: 
  • Perkembangan Motor Halus & Motor Kasar
  • Perkembangan Emosi & Kerohanian
  • Perkembangan Bahasa & Literasi Awal
  • Perkembangan Pra-Matematik & Logik
  • Perkembangan Estetika & Kreativiti
  • Perkembangan Sensori & Pemahaman Dunia Persekitaran
Pemeriksaan Kesihatan Anak Permata Oleh Jururawat

Pemeriksaan Kesihatan Anak Permata Oleh Doktor

Anak Permata Menunggu Giliran Untuk Di periksa

Pemeriksaan ini di lakukan oleh 4 orang kakitangan dari Klinik Kesihatan Ibu & Anak Sungai Bakap dan diketuai oleh Doktor Chitra Sandran. Terima kasih di ucapkan atas kerjasama yang telah diberikan.
Secara keseluruhannya Anak Permata dapat melakukan pemeriksaan kesihatan dengan baik sekali dan boleh berinteraksi dengan doktor dan jururawat. Tahniah diucapkan kepada Anak Permata.


Untuk melihat gambar penuh, sila layari facebook kami di url : http://www.facebook.com/permatanibongtebal