Friday, 15 June 2012

Projek Bumi Hijau, Sambutan Hari Bapa Dan Program Family On Alert AADK 2012


Tarikh : 14 Jun 2012
Hari : Khamis

Masa : 07:30 am - 01:30 pm
 
Tempat : Pusat Anak Permata Negara, Nibong Tebal
Anjuran Bersama : Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)


Projek Bumi Hijau, Sambutan Hari Bapa dan Program Family On Alert AADK adalah satu program gabungan di antara pihak PAPN Nibong Tebal dengan pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Program ini melibatkan para ibubapa, pendidik, Anak Permata, kanak-kanak dan 6 orang kakitangan dari pihak AADK yang diketuai oleh Puan Zainab Binti Sawai. Program ini bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan silaturahim antara ibubapa, pendidik dan Anak Permata serta menjalin kerjasama dengan pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). 

Projek Bumi Hijau

Penanaman pokok dari pihak AADK, Puan Zainab


Antara objektif program ini adalah seperti berikut :
  • Mengeratkan silaturahim antara ibubapa, pendidik, Anak Permata dan kakitangan AADK.
  • Dapat bekerjasama dan saling bantu-membantu antara ibubapa, pendidik dan kakitangan AADK.
  • Memberi pendedahan kepada Anak  Permata tentang pentingnya penanaman tumbuh-tumbuhan.
  • Membina ikatan kasih sayang yang erat antara bapa dan anak melalui penanaman pokok secara bersama.
  • Memberi pendedahan kepada Anak Permata tentang Sambutan Hari Bapa.

Antara objektif Program Keluarga Bebas Dadah ("Family On Alert") AADK adalah seperti berikut :
  • Memberi pengetahuan dan kesedaran kepada keluarga berkenaan kesan dadah terhadap kesihatan.
  • Menambah pengetahuan dan kemahiran kepada keluarga berkaitan cara gaya keibubapaan, pengurusan kewangan dan pengurusan tekanan.
  • Membantu meningkatkan kualiti hidup keluarga-keluarga berisiko.
Sambutan Hari Bapa

Antara agenda program ini adalah seperti berikut :
  • Ucapan aluan dari Pengerusi PIBP, Encik Rokiman Shah Bin Haron.
  • Persembahan Anak Permata.
  • Projek Bumi Hijau (Penanaman pokok antara bapa dan anak serta dari pihak AADK).
  • Penyerahan kad hari bapa.
  • Penyerahan cenderahati kepada bapa masing-masing.
  • Simbolik pemotongan kek sempena Hari Bapa.
  • Pertukaran hadiah di antara bapa serta cenderahati kepada pihak AADK.

Program Family On Alert

Agenda Program Keluarga Bebas Dadah ("Family On Alert") AADK pula adalah seperti berikut :
  • Gaya Keibubapaan.
  • Kemahiran Komunikasi (Kayu Hikmat).
  • Cabaran Komunikasi (Masam-masam manis).
  • Disiplin (Anakku Sazali).
  • Pengurusan Kewangan.
  • Pengurusan Tekanan.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak AADK kerana sudi menjalin kerjasama dengan pihak PAPN Nibong Tebal. Sesungguhnya program ini banyak memberi manfaat dan ilmu kepada kita semua. Tidak lupa juga kepada ibubapa, pendidik dan Anak permata yang telah memberi sepenuh komitmen sepanjang program berlangsung. Syukur Alhamdullilah program ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya. 

Untuk melihat gambar penuh, sila layari facebook kami di url : http://www.facebook.com/permatanibongtebal  

No comments:

Post a Comment