Tuesday, 23 April 2013

Program u feel it

Tarikh : 19 April 2013  
Hari : Jumaat
Masa : 08:00 am - 12:30 pm    
Tempat : Papn Nibong Tebal  
Sasaran : Anak Permata, Pendidik  & Ibubapa


Program u feel it di adakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada Anak Permata serta diharap dapat membantu Anak Permata ini menguasai kemahiran five sense. Disamping itu,melalui program ini membolehkan Anak Permata meningkatkan potensi diri dan tahap keyakinan diri melalui aktiviti yang di adakan. Di antara objektif program ini adalah seperti berikut :
  • Meningkatkan tahap keyakinan diri Anak Permata melalui aktiviti pertandingan yang di adakan.
  • Meningkatkan daya saing dan memupuk semangat kerja satu keluarga/berpasukan.
  • Memberi kesedaran mendalam terhadap masakan berkhasiat dan pemakanan seimbang dalam kehidupan.
  • Untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara ahli keluarga.
 
Sesi bergambar beramai-ramai


Di antara agenda program adalah seperti berikut :
  • Pertandingan mewarna di antara kanak-kanak Permata.
  • Ceramah makanan sihat dari wakil bapa kepada Anak Permata, pendidik dan bapa.
  • Membuat giants pyramid di antara bapa dan Anak Permata.
  • Pertandingan memasak dan membuat apron (Ibu).
  • Penyampaian hadiah kepada para pemenang.
  • Mengemas dan bersurai.
 
Pemenang bagi pertandingan memasak

 
Pemenang bagi pertandingan membuat apron

 
Pemenang bagi pertandingan mewarna


Di antara nama pemenang bagi pertandingan adalah seperti berikut :


NAMA PEMENANG BAGI PERTANDINGAN MEMASAK                 
1.Puan Nurhafiza & Puan Nor Hannani Aminah                                               
2.Puan Zuraida & Puan Azizah                                               
3.Puan Nur Idayu & Puan Sarizah                                              


NAMA PEMENANG BAGI PERTANDINGAN MEMBUAT APRON  
1.Puan Mariana                                              
2.Puan Roselinda                                               
3.Puan Siti Fatimah Ismail                                             


NAMA PEMENANG BAGI PERTANDINGAN MEWARNA               
1.Nur Najwa binti Mohd Aqram                                              
2.Nur Aliya Arissa binti Mohd Nazib                                               
3.Nur Damisya Qistina binti Sharizal                                              

Syukur ke Hadrat Illahi dengan limpah kurniaNya program julung kalinya ini berjaya di adakan dengan baik dan sempurna. Terima kasih kepada pihak ibubapa, pendidik dan Anak Permata yang memberi sepenuh komitmen dalam menjayakan program ini. Semuanya bersemangat untuk memenangi pertandingan yang di adakan. Syabas diucapkan kepada semua. Yes..we can do it!!!!

Untuk melihat gambar penuh, sila layari facebook kami di url : http://www.facebook.com/permatanibongtebal   

Monday, 1 April 2013

Program Jom Gigi Sihat 2013


Tarikh : 28 Mac 2013  
Hari : Khamis
Masa : 08:30 am - 12:30 pm    
Tempat : Papn Nibong Tebal    
Sasaran : Anak Permata, Pendidik  & Ibubapa

Program Jom Gigi Sihat di adakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ibubapa tentang penjagaan dan permasalahan gigi di kalangan kanak-kanak. Di antara objektif program adalah seperti berikut :
  • Meningkatkan kesedaran dalam kesihatan pergigian di kalangan anak-anak di pusat asuhan.
  • Meningkatkan kerjasama dan penglibatan dalam menyamai tabiat kesihatan mulut yang baik di kalangan ibubapa dan warga pergigian.
  • Meningkatkan pengetahuan dalam kesihatan pergigian.
  • Melaksanakan aktiviti promosi kesihatan pergigian sebagai satu kokurikulum pembelajaran.


Ceramah pergigian oleh Dr Poonitha a/p Gangatharan
 
Persembahan dari Anak Permata

Persembahan Puppet

Di antara agenda program adalah seperti berikut :
  • Ceramah pergigian oleh Dr Poonitha a/p Gangatharan.
  • Persembahan dari Anak Permata.
  • Persembahan puppet dari Klinik Pergigian Hospital Sungai Bakap.
  • Latihan memberus gigi.
  • Pemeriksaan pergigian.
  • Bersurai.
 
Latihan memberus gigi

 
Pemeriksaan gigi

 
Sesi bergambar antara pendidik dan kakitangan pergigian


Program ini telah disertai seramai 10 orang kakitangan Klinik Pergigian Hospital Sungai Bakap yang diketuai oleh Dr Poonitha a/p Gangatharan. Syukur Alhamdullilah program jom gigi sihat berjalan dengan lancar dan Anak Permata juga terhibur dengan persembahan puppet dari pihak klinik pergigian. Mereka juga teruja dan gembira dengan kedatangan pihak klinik pergigian. Selain itu, ibubapa juga dapat maklumat terkini mengenai kesihatan pergigian dan Anak Permata pula dapat mengetahui cara yang betul untuk menggosok gigi setelah di ajar oleh pihak kakitangan pergigian. Terima kasih di ucapkan kepada semua yang telah menjayakan program pergigian ini.

Untuk melihat gambar penuh, sila layari facebook kami di url : http://www.facebook.com/permatanibongtebal