Lawatan Sambil Belajar Ke Zoo Taiping 2012
Tarikh : 14 Julai 2012Hari : Sabtu
Masa : 08:30 am - 02:30 pm
Tempat : Zoo Taiping & Night Safari, Perak
Program ini di adakan bertujuan untuk merapatkan silaturahim antara pendidik, ibubapa dan Anak-anak Permata serta menjalin hubungan kerjasama dengan pihak Zoo Taiping. Selain itu, ianya juga bagi memenuhi tema aktiviti bulan Julai iaitu benda yang hidup (Haiwan). Lawatan ini merupakan lawatan kali pertama dari pihak PAPN Nibong Tebal.
Antara objektif lawatan ini adalah seperti berikut :
- Memantapkan lagi pengetahuan Anak-anak Permata tentang alam kehidupan dan alam semulajadi.
- Memberi pendedahan kepada Anak Permata tentang haiwan yang jarang dilihat iaitu haiwan yang hanya boleh dilihat di Zoo.
- Memberi pendedahan kepada Anak Permata tentang pentingnya pemuliharaan haiwan yang semakin pupus.
- Membina ikatan kasih sayang yang erat antara ibubapa dan anak melalui lawatan bersama yang dijalankan.
- Menjalin kerjasama dan saling bantu-membantu di antara ibubapa dan pendidik dalam menjayakan lawatan ini.
Sebelum masuk Zoo |
Di antara pengisian program ini adalah seperti berikut :
- Pendaftaran
- Pembahagian kumpulan (Kumpulan 1 - Teacher Anis dan Teacher Phang, Kumpulan 2 - Teacher Nana, Kumpulan 3 - Teacher Ena)
- Lawatan bersama Ranjer Zoo dengan kumpulan masing-masing (Berjalan kaki).
- Lawatan bersama Ranjer Zoo dengan kumpulan masing-masing (Menaiki Keretapi mini).
- Animal feeding/Bagi haiwan makan (spesis kanggaru dan black swan).
- Melihat dan memegang gajah.
- Pemberian topeng haiwan.
- Aktiviti berkelah di Taman Permainan.
Kumpulan 1 Kumpulan 2
Kumpulan 3
Aktiviti Berkelah di Taman Permainan
Sesungguhnya lawatan ini amat memberi makna kepada Anak Permata kerana mereka dapat melihat dan memegang haiwan secara lebih dekat lagi. Selain itu, ianya juga dapat menanam sifat sayangkan haiwan dan hidupan semulajadi. Kanak-kanak juga merasa teruja dan seronok sepanjang lawatan ini di adakan. Ucapan terima kasih kepada pihak Ranjer Zoo Taiping yang memberi kerjasama dan tunjuk ajar serta ilmu yang berguna sepanjang lawatan ini. Tidak lupa juga kepada Ibubapa, Pendidik dan Anak Permata.Walaupun penat tetapi semuanya memberi komitmen yang baik. Tahniah diucapkan.