Friday, 11 May 2012

Majlis Jalinan Mesra Sedetik Bersama KPJ Penang Specialist Hospital 2012


Tarikh : 10 Mei 2012
Hari : Khamis

Masa : 08:30 am - 12:30 pm
 
Tempat : Pusat Anak Permata Negara, Nibong Tebal
Anjuran Bersama : KPJ Penang Specialist Hospital




Aktiviti hand washing, recycle game dan health screening
Majlis Jalinan Mesra Sedetik Bersama KPJ Penang Specialist Hospital diadakan bertujuan untuk menjalinkan kerjasama antara dua organisasi iaitu KPJ Penang Specialist Hospital dan Pusat Anak Permata Negara disamping Anak-anak Permata serta ibubapa dalam menjayakan program menjaga kesihatan dengan cara yang betul. Selain itu, majlis ini juga di adakan bersempena dengan "Nursing Day". Majlis ini diketuai oleh CEO KPJ Penang Specialist Hospital iaitu Ms Alice Liu Ghee Voon berserta kakitangannya seramai 25 orang dan wartawan dari RTM.


Objektif utama program ini adalah seperti berikut :
  • Menjalin hubungan yang lebih baik dengan organisasi luar
  • Memupuk semangat kerjasama antara pihak KPJ, pendidik, ibubapa dan anak-anak Permata
  • Memberi pendedahan tentang gaya hidup yang sihat


Sesi bergambar antara pihak KPJ Penang, Pendidik, Ibubapa dan Anak Permata 


 Antara agenda program ini adalah seperti berikut :
  • Ucapan aluan dari pihak PAPN Nibong Tebal
  • Ucapan dari CEO KPJ Penang Ms Alice Liu
  • Persembahan Multimedia
  • Persembahan dari Anak Permata PAPN Nibong Tebal
  • Penyerahan uniform nurse KPJ kepada PAPN Nibong Tebal
  • Aktiviti "Hand washing"
  • Aktiviti "Recycle Game"  
  • Program "Health Screening"


Jutaan terima kasih kepada pihak KPJ Penang kerana sudi mengadakan program seperti ini di PAPN Nibong Tebal dan tidak lupa juga kepada Ibubapa yang sudi meluangkan masa untuk menjayakan lagi program ini. Terima kasih juga kepada Anak Permata serta pendidik yang memberi kerjasama yang baik sepanjang program ini berlangsung. Syabas dan tahniah kepada semuanya. 


Untuk melihat gambar penuh, sila layari facebook kami di url : http://www.facebook.com/permatanibongtebal