Wednesday, 14 December 2011

Mesyuarat PIBP kali ke-4, Majlis Penghargaan dan Jamuan Akhir Tahun 2011

Tarikh : 13 Disember 2011
Hari  : Selasa


Majlis dimulakan dengan :
    Mesyuarat PIBP kali ke-4
    Penyerahan surat Aku Janji
    Sambutan Hari Lahir Anak PERMATA dan Teacher
    Meraikan Pendidik Praktikal KEMAS
    Penyampaian Anugerah Cemerlang Penglibatan Ibu bapa
    Penyampaian Anugerah Kehadiran Terbaik Anak PERMATA
    Penyampaian Hadiah Pertandingan Projek Keceriaan
    Jamuan Akhir Tahun


Berikut ialah senarai penerima anugerah :
*  Anugerah Penglibatan Ibu bapa Cemerlang
    1. Encik Azahar bin Ahmad
    2. Puan Pakriah binti Hj Saad
    3. Puan Rohaida binti Awang Kechik
    4. Puan Nurhafiza binti Arzmi


* Anugerah Kehadiran Terbaik Anak PERMATA
    1. Ahmad Shah Danial bin Ahmad Rezki Faris - 2 tahun
    2. Wan Nasuha binti Wan Hosni - 3 tahun
    3. Muhamad Azim bin Mohd Shah Rizal - 2 tahun
    4. Muhammad Fariduddin bin Hasim - 3 tahun


Tahniah dan syabas diucapkan.


Untuk melihat gambar penuh, sila layari facebook kami di url : http://www.facebook.com/permatanibongtebal


Friday, 2 December 2011

Projek Keceriaan: Pertandingan Keceriaan Bahagian Sudut Dalam PAPN

Tarikh : 21 November hingga 12 Disember 2011
Sasaran : Ibu bapa Anak PERMATA

Pertandingan ini bertujuan menyediakan suasana yang ceria dan kondusif kepada anak PERMATA.
Selain itu melalui pertandingan ini dapat mengeratkan silaturahim antara ibu bapa anak PERMATA dan juga dapat memupuk semangat kerjasama antara ibu bapa dan pendidik.

Melalui pertandingan ini juga, bakat serta idea kreatif para ibu bapa dapat dicurahkan untuk kesediaan proses pembelajaran kendiri anak PERMATA.



Keputusan pertandingan adalah seperti berikut :

Pertama     : Farm & Party
Kedua       : Underwater World
Ketiga       : Pakaian
Keempat   : Rimba/Floral
Kelima      : Bandaraya

Tahniah dan syabas kepada semua kumpulan! Hebat!

Penyampaian hadiah dijadualkan pada 13 Disember 2011.

Program Pergigian Anak PERMATA bersama Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Seberang perai Selatan

Tarikh : 01 Disember 2011
Hari    : Khamis
Anjuran Bersama : Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Seberang Perai Selatan


Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang kepentingan dan cara-cara penjagaan gigi kepada kanak-kanak bermula dari awal lagi.

Terima kasih diucapkan kepada Sister Wong dan para kakitangan pergigian yang hadir pada hari tersebut. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada semua ibu bapa anak PERMATA atas sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program ini.

Agenda program ialah:
      Latihan memberus gigi
      Persembahan nyanyian oleh anak PERMATA
      Ceramah pergigian (untuk ibu bapa)
      Demo angkat bibir
      Sapuan flourida


Untuk melihat gambar penuh, sila layari facebook kami.